Wednesday, October 14, 2009

Perkembangan Gamelan

Perkembangan Gamelan

Dari Pahang, gamelan kemudian dibawa ke Terengganu semasa perkahwinan diraja antara Tengku Suleiman(Terengganu) dengan Tengku Meriam(Pahang). Gamelan telah mencapai zaman kegemilangannya apabila Tengku Suleiman ditabal sebagai Sultan Terengganu. Baginda bersama Permaisuri Meriam melatih generasi baru penggiat seni persembahan gamelan. Di Pahang pula, Tengku Ampuan Wan Fatimah(Wan Cha) dan Che Zabedah (isteri kedua sultan) bersama Encik Wan Ahmad, Encik Wan Mohamad dan Encik Ahin terus berusaha dan berjaya meningkatkan seni persembahan gamelan ke peringkat lebih tinggi. Usaha ini dinaungi sendiri oleh Sultan Ahmad Muadzam Shah, Sultan Pahang. Tahun 1914, Che Zabedah (Pahang) berpindah untuk tinggal bersama puterinya Tengku Meriam dengan membawa bersama penggiat gamelan Pahang ke Terengganu. Kedua-dua kumpulan ini bergabung dan bergiat aktif dalam seni gamelan di Terengganu. Pada zaman kegemilangan gamelan di Terengganu, banyak lagu baru dicipta antaranya Lambang Sari, Geliung, Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru, dan Lancang Kuning. Tengku Meriam telah menerbitkan beberapa artikel berkaitan muzik gamelan. Semua aktiviti ini di bawah naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Terengganu. Gamelan mengalami kemerosotan selepas penaklukan Jepun. Tahun 1979, set gamelan asal yang berada di Terengganu telah dikembalikan dan kini terpamer di Muzium Di Raja, Pekan Pahang.

Gamelan Terengganu


Gamelan berasal dari perkataan Jawa (gamel) yang bermaksud pukul, tukul atau pukul. Gamelan mula dimainkan dalam istana kerajaan Kediri di Jawa Timur sebelum dibawa masuk ke istana kerajaan Riau Lingga pada kurun ke -17. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud 111, gamelan menjadi ensembel muzik penting di istana Johor Riau. Kemudiannya ia dibawa masuk ke Tanah Melayu semasa majlis perkahwinan Tengku Husin (putera sulung sultan Mahmud 111) dengan puteri Bendahara Tun Ali di Pahang. Oleh kerana Tengku Husin tidak dapat kembali ke Istana Riau selepas kemangkatan Sultan Mahmud 111 maka Tengku Abd Rahman, putera kedua Sultan Mahmud 111 akhirnya telah ditabal sebagai sultan yang baru.

Lagu Togok: 2

Lagu Togok: 1

Dalam Pengajaran ini baris satu untuk memulakan lagu

Gong

Kenong

Gambang

Sarun 2

Sarun 1

Bonang 2

Bonang 2

Bonang 1

Video 1: Penalaan(Tuining)

Bonang 1



Monday, October 12, 2009

DARI EN AFFENDI

ZAKI, MASIH TIADA PERUBAHAN SERTA PENAMBAHAN BLOG ANDA INI.

Sunday, October 4, 2009

Lawatan Sambil Belajar

Rantau Abang Dungun Terengganu

Pada 7 dan 8 Ogos lepas Persatuan Muzik SMKPC2 bersama dengan Pasukan Pengakap sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Rantau Abang Dungun Terengganu. Lawatan ini bertujuan untuk merehatkan minda dan mencari pengalaman baru dalam muzik. Pelajar mendirikan khemah di kawasan perkhemahan di pantai. Mereka di biarkan berdikari dengan mencuba masakan sendiri menu sardin dan telur goreng. Pada petang itu juga diadakan acara treking di atas sebuah bukit untuk melihat batu yang menyerupai ibu penyu. Perjalanan ke puncak bukit itu mengambil masa 3 jam pergi dan balik. Pada sebelah malam kumpulan kami berkumpul di pantai pada jam 9.00 malam untuk aktiviti seterusnya. Kumpulan pelajar muzik dikehendaki menyanyi lagu ciptaan mereka sendiri yang direka di pantai pada malam itu. Mereka juga mencipta lagu dalam kumpulan. Selepas itu mereka melakukan aktiviti dalam kumpulan seperti nyanyian dan gerakan bersama lagu. Mereka juga diminta memperkenalkan diri dan latarbelakang keluarga mereka. Aktiviti ini diteruskan lagi pada pukul 10.30 malam dengan melihat penyu bertelur. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan berlepas dalam kumpulan masing-masing sambil diiringi guru pengiring. Mereka mesti berjalan senyap dan berhati-hati. Saat untuk merakamkan kenangan indah bersama penyu tidak kesampaian namun pengalaman menjejaki penyu memberi keseronokan kepada kami. Keesokkan pagi kumpulan kami membuat lawatan ke pusat penerangan pelancongan dan pusat Zoologi haiwan-haiwan laut. Kami mendapat banyak maklumat dan gambar sebagai kenangan. Pada pukul 12.00 tengahari kumpulan kami bertolak balik dan singgah sebentar di Kuala Terengganu. Kami melawat Masjid Kristal dan kawasan sekitarnya. kemudiannya kami ke Pusat bandar dan ke Muzium negeri melihat Gamelan Terengganu di samping alat muzik yang lain seperti rodat.