Saturday, September 19, 2009



KUMPULAN KOIR 2009

HARI GURU : LAGU SWAY/GURU

Kumpulan koir SMK Pengkalan Chepa Dua telah ditubuhkan empat tahun yang lalu dan telah menyertai banyak pertandingan koir peringkat negeri. Kumpulan koir ini pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan peringkat negeri di Perdana Resort pada tahun 2004. Kumpulan ini juga aktif membuat persembahan pada hari kemerdekaan dan majlis-majlis tertentu. Namun begitu kumpulan ini sering berlaku perubahan terutama dalam ahli kumpulannya. Ahli-ahli baru akan dilatih terutama dari pelajar tingkatan satu dan dua manakala ahli-ahli lama terdiri daripada pelajar tingkatan tiga, empat dan lima. Ahli-ahli yang aktif akan terus bersama kumpulan ini dan ada juga menarik diri dari kumpulan akibat daripada kekangan masa latihan di samping waktu belajar. Komitmen daripada ahli lama dan baru akan menghidupkan kumpulan koir ini dan fokus kami ialah pertandingan peringkat daerah atau negeri.
Pada kebelakangan ini jumlah ahli koir telah dikurangkan dari 45 orang kepada 35 orang ahli. Syarat baru ini telah memberi sedikit impak kepada kumpulan ini kerana jumlah ahlinya terpaksa dikurangkan. Kumpulan koir pada tahun ini akan terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima. Ini merupakan satu tamparan yang hebat kerana mereka ini mempunyai suara yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun latihan diteruskan juga demi matlamat kami menyertai pertandingan di peringkat daerah atau pun negeri nanti.
Kumpulan ini dilatih oleh saya sebagai guru muzik dan dibantu oleh guru-guru yang lain sebagai penasihat dan memberi sedikit motivasi kepada kumpulan. Pada mulanya kumpulan ini telah melakukan sesi ujibakat untuk mencari ahli baru dari pelajar tingkatan satu dan dua. Mereka yang berjaya akan terus didaftarkan sebagai ahli baru kumpulan. Pemilihan ahli baru berdasarkan komitmen mereka dengan koir seperti menghadirkan diri dalam semua sesi latihan yang diadakan iaitu petang Rabu dan Khamis bermula jam 3.00 petang. Ataupun pada sebelah pagi pada hari selasa dan Rabu. Ini kerana pelajar tingkatan satu dan dua berada pada sesi petang dan pelajar tingkatan 3, 4, dan lima pada sesi pagi. Pada petang Khamis adalah perjumpaan dan latihan untuk semua ahli. Masa dan waktu ini telah diadakan perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah dan mereka telah memberi kelonggarannya.

No comments:

Post a Comment