Tuesday, September 22, 2009

KOIR 09

KOIR 09

40 0rang ahli

Persembahan Hari Guru

Latihan pasukan koir perlu dimulakan pada awal tahun. Ini perlu untuk pemilihan ahli pasukan, pemilihan lagu, skor lagu, jurulatih, jadual latihan, pakaian pasukan, budget, jumlah ahli dan lain lagi. Setelah siap jadual latihan akan diatur bersama guru penasihat dan jurulatih pasukan. Pasukan juga memerlukan seorang pemain piano yang berkebolehan dalam mengendalikan pembacaan skor lagu. Penggubah lagu terdiri daripada guru penasihat atau pun gubahan yang boleh ditempah khas daripada penggubah lagu koir dan boleh juga menggunakan mana-mana gubahan koir yang sedia ada. Gubahan yang bagus sukar didapati dan memerlukkan jumlah wang yang banyak mungkin ribuan ringgit. Namum begitu untuk memilih lagu yang sesuai tidak lah susah kerana gubahan koir sudah pun dibekalkan oleh KPM.

Latihan Gamelan asas lagu Togok. Semua pelajar diajar teknik bermain alat gamelan. Masa latihan untuk satu lagu dalam dua atau tiga hari mengikut jadual latihan. Bagi satu sesi latihan selama satu/ dua jam. latihan selama dua jam lebih baik untuk melatih lagu gamelan berbanding satu jam. pelajar yang belum didedahkan dengan pembelajaran muzik moden pun boleh diajar muzik gamelan dengan teknik mengajar muzik tradisional. Notasi gamelan menggunakan nombor senang dibaca dan tidak memerlukan asas muzik yang tinggi. Muzik menimbulkan ketenangan dan keseronokan dalam permainan alat muzik yang berbeza dengan muzik moden. Hanya dengan bermain muzik gamelan sahaja yang dapat merasainya.

Saturday, September 19, 2009

NASYID 09

Kumpulan nasyid sekolah ini merupakan sebuah kumpulan yang aktif membuat persembahan di majlis-majlis tertentu. Mereka ini terdiri daripada 9 orang pelajar lelaki dari tingkatan 4. Pada tahun ini kumpulan ini telah menyertai pertandingan yang biasa diadakan setiap tahun iaitu pertandingan nasyid anjuran JPN Kelantan di bawah Jabatan Pendidikan Agama Islam. Pelajar ini mempunyai seorang guru penasihat dan beberapa orang guru pembantu. Tahun ini kumpulan nasyid di pimpin oleh Cikgu Sitino dan Ustazah Haizora. Saya sebagai penasihat muzik bersama jurulatih nasyid sentiasa berdampingan dengan mereka. Aktiviti nasyid di sekolah ini di bawah kelab kebudayaan dan panitia muzik dan panitia Agama Islam. Kumpulan nasyid terdiri daripada 3 orang pemain muzik, dan 6 orang vokalis. Mereka akan berganding suara iaitu melodi, 1st, 2nd, 3rd, dan Bass. Kadang-kadang mereka akan berpadu suara dalam satu suara sahaja. Harmoni dalam nasyid sungguh mengasyidkan dan sedap didengar. Lebih-lebih lagi mereka membawa lagu-lagu dakwah sebagai alunannya. Selalunya kumpulan ini membuat persembahan dalam majlis-majlis Maulidul Rasul, Hari PIBG, Hari Guru, Majlis perasmian Pendidikan Khas dan lain-lagi

PASUKAN KOMPANG 2009
SAMBUTAN HARI GURU

KOMPANG

Pasukan kompang sekolah ini merupakan sebuag pasukan yang telah lama ditubuhkan iaitu pada tahun 2003. kemudiannya pasukan ini telah menerima jurulatih yang baru dan telah berlatih dengan bersungguh-sungguh. Saya sebagai guru penasihat dan jurulatih dalaman telah memberi semangat dan sokongan . Akhirnya pasukan ini telah tiga kali menyertai pertandingan kompang dan formasi di peringkat kebangsaan anjuran KPM. Pasukan ini kerap juga membuat persembahan di luar sekolah apabila dijemput. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 2,3,dan 4. Pasukan ini terdiri daripada 14 orang pemain dan seorang pemain tambahan.

Pertandingan Kompang dan Formasi Sekolah Menengah 2009

Juara Pertandingan

PASUKAN GAMELAN
HARI GURU MEI 2009
Pasukan gamelan sekolah ini telah lama ditubuhkan iaitu semasa pendidikan muzik mula-mula diperkenalkan. Pasukan gamelan sekolah ini telah banyak membuat persembahan dalam majlis-majlis tertentu dan ahlinya telah bertukar ganti. Pasukan gamelan sekolah terdiri daripada dua pasukan iaitu pagi dan petang. Pasukan pagi terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 manakala pasukan sebelah petang terdiri daripada pelajar muzik tingkatan dua. Pasukan ini berlatih dalam jadual yang telah ditetapkan iaitu hari Rabu dan Khamis jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi. Komitmen daripada pelajar dalam gamelan adalah baik. Cuma ada sedikit masalah dalam kedatangan penuh ahli-ahli dalam satu-satu sesi latihan yang diadakan. Jadual latihan kadang-kadang berubah dan terpaksa dilakukan dalam cuti sekolah. Ini kerana pelajar tingkatan dua tidak terlibat dengan kelas tambahan khas cuma mereka terlibat dengan kelas tambahan kelas bestari pada hari jumaat dan sabtu. Kelapangan ini adalah sesuai untuk mereka mengikuti kelas gamelan dan aktiviti muzik yang lain. Namun begitu pelajar ini diberi tumpuan khas kepada permainan gamelan sahaja kerana mereka adalah pasukan sekolah untuk gamelan. Mereka juga terlibat dengan aktiviti koir dan nasyid. Pasukan ini telah membuat persembahan pada majlis hari guru tahun ini bersama dengan pasukan koir.

KUMPULAN KOIR 2009

HARI GURU : LAGU SWAY/GURU

Kumpulan koir SMK Pengkalan Chepa Dua telah ditubuhkan empat tahun yang lalu dan telah menyertai banyak pertandingan koir peringkat negeri. Kumpulan koir ini pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan peringkat negeri di Perdana Resort pada tahun 2004. Kumpulan ini juga aktif membuat persembahan pada hari kemerdekaan dan majlis-majlis tertentu. Namun begitu kumpulan ini sering berlaku perubahan terutama dalam ahli kumpulannya. Ahli-ahli baru akan dilatih terutama dari pelajar tingkatan satu dan dua manakala ahli-ahli lama terdiri daripada pelajar tingkatan tiga, empat dan lima. Ahli-ahli yang aktif akan terus bersama kumpulan ini dan ada juga menarik diri dari kumpulan akibat daripada kekangan masa latihan di samping waktu belajar. Komitmen daripada ahli lama dan baru akan menghidupkan kumpulan koir ini dan fokus kami ialah pertandingan peringkat daerah atau negeri.
Pada kebelakangan ini jumlah ahli koir telah dikurangkan dari 45 orang kepada 35 orang ahli. Syarat baru ini telah memberi sedikit impak kepada kumpulan ini kerana jumlah ahlinya terpaksa dikurangkan. Kumpulan koir pada tahun ini akan terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima. Ini merupakan satu tamparan yang hebat kerana mereka ini mempunyai suara yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun latihan diteruskan juga demi matlamat kami menyertai pertandingan di peringkat daerah atau pun negeri nanti.
Kumpulan ini dilatih oleh saya sebagai guru muzik dan dibantu oleh guru-guru yang lain sebagai penasihat dan memberi sedikit motivasi kepada kumpulan. Pada mulanya kumpulan ini telah melakukan sesi ujibakat untuk mencari ahli baru dari pelajar tingkatan satu dan dua. Mereka yang berjaya akan terus didaftarkan sebagai ahli baru kumpulan. Pemilihan ahli baru berdasarkan komitmen mereka dengan koir seperti menghadirkan diri dalam semua sesi latihan yang diadakan iaitu petang Rabu dan Khamis bermula jam 3.00 petang. Ataupun pada sebelah pagi pada hari selasa dan Rabu. Ini kerana pelajar tingkatan satu dan dua berada pada sesi petang dan pelajar tingkatan 3, 4, dan lima pada sesi pagi. Pada petang Khamis adalah perjumpaan dan latihan untuk semua ahli. Masa dan waktu ini telah diadakan perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah dan mereka telah memberi kelonggarannya.

PASUKAN DIKIR 2009
TEMPAT KETIGA KOTA BHARU
DIKIR KOTEMPORARI

Dikir merupakan muzik yang boleh disertai oleh ramai pelajar dan seronok untuk dipelajari. kepuasan dalam dikir dapat dirasai apabila dapat menyanyikan lagu dikir beramai-ramai di samping juara dan tukang karut yang hebat. tepukan tangan menimbulkan suasana meriah dan gembira. cubalah masuk kumpulan dikir di sekolah anda. pasti kita akan senang hati dan rileks dalam belajar. pilihlah dikir.

Pertandingan dikir anti dadah 2 hingga 3 mei 2009 anjuran JPN dan pasukan anti dadah kebangsaan bahagian PPD Kota Bharu telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana banyak pasukan telah bertanding. Tempoh pertandingan terpaksa dijalankan selama dua hari. Dalam pertandingan hari pertama, pasukan dari SMKPC2 telah mempamerkan persembahan yang baik dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Pasukan ini telah dilatih oleh Cikgu Rosli dan dibantu oleh saya sebagai penasihat kelab dikir. Kumpulan ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi semasa sesi latihan dan berminat dalam dikir. Pasukan ini telah dianggotai oleh 20 orang pelajar tingkatan 3,4 dan 5. Pasukan ini telah berjaya mendapat tempat ketiga PPD juara ialah SMK Chengal dan naib juara SMK Kubang Kerian 2. Pertandingan tahun ini boleh dikatakan mencabar juga disebabkan pasukan lain juga mempunyai kehebatan masing-masing. Berdikir boleh memberi hiburan kepada pelajar di samping memberi kepuasan dalam aktiviti muziknya. Kegiatan ini juga sesuai untuk ko-kurikulum pelajar di samping pelajar menunjukkan kreativiti mereka. Bakat-bakat yang ada boleh diketengahkan lagi jika diberi peluang dan latihan.

Friday, September 11, 2009

Puisi dan Lagu 09

Pasukan ini merupakan sebuah pasukan yang ditubuhkan pada tahun 2006. Ini berikutan KPM telah memperkenalkan pertandingan puisi dan lagu diperingkat negeri dan kebangsaan. Pasukan puisi dan lagu biasanya terdiri dari 6 orang ahli. 5 orang ahli adalah pemuzik dan seorang penyajak. Puisi yang dipertandingkan dalam pertandingan ini dicipta berdasarkan tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Tema yang sama pada pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan. Pasukan ini telah beberapa kali menjuwarai pertandingan di peringkat negeri dan ke peringkat kebangsaan. Pada tahun 2006 pasukan ini telah mendapat naib juara negeri. Tahun berikutnya 2007 pasukan ini telah berjaya menjadi juara negeri Kelantan dan ke peringkat kebangsaan. Pada tahun 2008 pasukan ini hanya mendapat tempat ketiga daerah Kota Bharu. Dan pada tahun 2009 pasukan ini sekali lagi menjadi juara negeri dan ke peringkat kebangsaan. Walaupun beberapa kejayaan telah dicapai tetapi menjadi juara kebangsaan adalah cita-cita pasukan ini suatu hari nanti.

Aktiviti Muzik

Pendidikan muzik di SMK Pengkalan Chepa dua telah menjangkau usia hampir 7 tahun dengan bermulanya pada tahun 2003. Sekolah ini telah menunjukkan prestasi yang membanggakan di dalam bidang muzik. Pembelajaran muzik di sekolah ini telah memberi nafas baru kepada sekolah. Sekolah ini mula dikenali dalam aktiviti-aktiviti muzik seperti nasyid, kompang, koir, gamelan, dikir barat, Mak Yong, puisi dan lagu dan lain-lagi. Dari tahun ke setahun aktiviti muziknya telah memberi banyak sumbangan kepada sekolah dan sekolah ini mula dikenali.

Nasyid

Aktiviti muzik pada tahun ini dimulakan dengan pertandingan nasyid. Dalam pertandingan tersebut di peringkat PPD Kota Bharu telah mendapat naib johan. Namun begitu pasukan nasyid sekolah ini telah memenangi pertandingan di peringkat negeri dan ke peringkat kebangsaan pada tahun 2007. Pasukan ini telah memberi saingan yang hebat kepada pasukan lain di peringkat kebangsaan dan mendapat saguhati. Pasukan nasyid juga telah menyertai banyak pertandingan di bawah anjuran Pasukan anti dadah kebangsaan bersama dengan Jabatan Pelajaran Kelantan. Pasukan ini telah menunjukkan prestasi yang baik dan mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut. Selain daripada itu pasukan ini juga sering membuat persembahan pada majlis-majlis tertentu seperti Maulidul Rasul, Sambutan hari PIBG peringkat sekolah, sambutan Hari Guru, Nuzul Al-Quran, dan lain lagi. Oleh itu pasukan ini sudah mula dikenali di daerah Kota Bharu dan merupakan pasukan yang disegani di daerah Kota Bharu. Pasukan ini terdiri daripada 9 orang pelajar lelaki dan ahlinya menjadi 15 orang jika dalam pertandingan nasyid anti dadah. Dalam pertandingan peringkat sekolah di bawah anjuran persatuan Agama Islam yang disertai dengan pertandingan syarahan, bacaan Al-quran dan tilawah. Bilangan ahlinya terhad kepada 9 orang pelajar sahaja samada semua pelajar lelaki atau semua pelajar perempuan. Pihak penganjur tidak membenarkan pelajar perempuan menyertai pasukan nasyid pelajar lelaki dan begitulah sebaliknya. Pasukan ini ditubuhkan kerana komitmen guru-guru agama dan panitia pendidikan muzik ingin melihat pasukan nasyid di sekolah. Dalam pada itu pelajar nasyid ini telah menyertai pasukan nasyid di sekolah rendah dan mendapat johan negeri dan ke peringkat kebangsaan. oleh yang demikian pasukan ini diberi bimbingan semula di sekolah menengah dan aktiviti ini mula memberi kejayaan yang diharapkan. Sokongan padu dari pihak pentadbir sekolah telah memberi semangat kepada pelajar untuk bergiat aktif. Dengan pembelian alatan yang baru dan sumber kewangan yang baik akhirnya pasukan ini telah dapat pergi lebih jauh dan membuat persembahan yang bermutu. Tahap pencapaiannya yang baik menyebabkan pasukan ini telah diundang membuat persembahan di IPKB pada majlis unit Agama Islam mereka.

Gamelan

Pasukan gamelan sekolah ini telah lama ditubuhkan iaitu semasa pendidikan muzik mula-mula diperkenalkan. Pasukan gamelan sekolah ini telah banyak membuat persembahan dalam majlis-majlis tertentu dan ahlinya telah bertukar ganti. Pasukan gamelan sekolah terdiri daripada dua pasukan iaitu pagi dan petang. Pasukan pagi terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 manakala pasukan sebelah petang terdiri daripada pelajar muzik tingkatan dua. Pasukan ini berlatih dalam jadual yang telah ditetapkan iaitu hari Rabu dan Khamis jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi. Komitmen daripada pelajar dalam gamelan adalah baik. Cuma ada sedikit masalah dalam kedatangan penuh ahli-ahli dalam satu-satu sesi latihan yang diadakan. Jadual latihan kadang-kadang berubah dan terpaksa dilakukan dalam cuti sekolah. Ini kerana pelajar tingkatan dua tidak terlibat dengan kelas tambahan khas cuma mereka terlibat dengan kelas tambahan kelas bestari pada hari jumaat dan sabtu. Kelapangan ini adalah sesuai untuk mereka mengikuti kelas gamelan dan aktiviti muzik yang lain. Namun begitu pelajar ini diberi tumpuan khas kepada permainan gamelan sahaja kerana mereka adalah pasukan sekolah untuk gamelan. Mereka juga terlibat dengan aktiviti koir dan nasyid. Pasukan ini telah membuat persembahan pada majlis hari guru tahun ini bersama dengan pasukan koir.

Koir