Friday, September 11, 2009

Aktiviti Muzik

Pendidikan muzik di SMK Pengkalan Chepa dua telah menjangkau usia hampir 7 tahun dengan bermulanya pada tahun 2003. Sekolah ini telah menunjukkan prestasi yang membanggakan di dalam bidang muzik. Pembelajaran muzik di sekolah ini telah memberi nafas baru kepada sekolah. Sekolah ini mula dikenali dalam aktiviti-aktiviti muzik seperti nasyid, kompang, koir, gamelan, dikir barat, Mak Yong, puisi dan lagu dan lain-lagi. Dari tahun ke setahun aktiviti muziknya telah memberi banyak sumbangan kepada sekolah dan sekolah ini mula dikenali.

Nasyid

Aktiviti muzik pada tahun ini dimulakan dengan pertandingan nasyid. Dalam pertandingan tersebut di peringkat PPD Kota Bharu telah mendapat naib johan. Namun begitu pasukan nasyid sekolah ini telah memenangi pertandingan di peringkat negeri dan ke peringkat kebangsaan pada tahun 2007. Pasukan ini telah memberi saingan yang hebat kepada pasukan lain di peringkat kebangsaan dan mendapat saguhati. Pasukan nasyid juga telah menyertai banyak pertandingan di bawah anjuran Pasukan anti dadah kebangsaan bersama dengan Jabatan Pelajaran Kelantan. Pasukan ini telah menunjukkan prestasi yang baik dan mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut. Selain daripada itu pasukan ini juga sering membuat persembahan pada majlis-majlis tertentu seperti Maulidul Rasul, Sambutan hari PIBG peringkat sekolah, sambutan Hari Guru, Nuzul Al-Quran, dan lain lagi. Oleh itu pasukan ini sudah mula dikenali di daerah Kota Bharu dan merupakan pasukan yang disegani di daerah Kota Bharu. Pasukan ini terdiri daripada 9 orang pelajar lelaki dan ahlinya menjadi 15 orang jika dalam pertandingan nasyid anti dadah. Dalam pertandingan peringkat sekolah di bawah anjuran persatuan Agama Islam yang disertai dengan pertandingan syarahan, bacaan Al-quran dan tilawah. Bilangan ahlinya terhad kepada 9 orang pelajar sahaja samada semua pelajar lelaki atau semua pelajar perempuan. Pihak penganjur tidak membenarkan pelajar perempuan menyertai pasukan nasyid pelajar lelaki dan begitulah sebaliknya. Pasukan ini ditubuhkan kerana komitmen guru-guru agama dan panitia pendidikan muzik ingin melihat pasukan nasyid di sekolah. Dalam pada itu pelajar nasyid ini telah menyertai pasukan nasyid di sekolah rendah dan mendapat johan negeri dan ke peringkat kebangsaan. oleh yang demikian pasukan ini diberi bimbingan semula di sekolah menengah dan aktiviti ini mula memberi kejayaan yang diharapkan. Sokongan padu dari pihak pentadbir sekolah telah memberi semangat kepada pelajar untuk bergiat aktif. Dengan pembelian alatan yang baru dan sumber kewangan yang baik akhirnya pasukan ini telah dapat pergi lebih jauh dan membuat persembahan yang bermutu. Tahap pencapaiannya yang baik menyebabkan pasukan ini telah diundang membuat persembahan di IPKB pada majlis unit Agama Islam mereka.

Gamelan

Pasukan gamelan sekolah ini telah lama ditubuhkan iaitu semasa pendidikan muzik mula-mula diperkenalkan. Pasukan gamelan sekolah ini telah banyak membuat persembahan dalam majlis-majlis tertentu dan ahlinya telah bertukar ganti. Pasukan gamelan sekolah terdiri daripada dua pasukan iaitu pagi dan petang. Pasukan pagi terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 manakala pasukan sebelah petang terdiri daripada pelajar muzik tingkatan dua. Pasukan ini berlatih dalam jadual yang telah ditetapkan iaitu hari Rabu dan Khamis jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi. Komitmen daripada pelajar dalam gamelan adalah baik. Cuma ada sedikit masalah dalam kedatangan penuh ahli-ahli dalam satu-satu sesi latihan yang diadakan. Jadual latihan kadang-kadang berubah dan terpaksa dilakukan dalam cuti sekolah. Ini kerana pelajar tingkatan dua tidak terlibat dengan kelas tambahan khas cuma mereka terlibat dengan kelas tambahan kelas bestari pada hari jumaat dan sabtu. Kelapangan ini adalah sesuai untuk mereka mengikuti kelas gamelan dan aktiviti muzik yang lain. Namun begitu pelajar ini diberi tumpuan khas kepada permainan gamelan sahaja kerana mereka adalah pasukan sekolah untuk gamelan. Mereka juga terlibat dengan aktiviti koir dan nasyid. Pasukan ini telah membuat persembahan pada majlis hari guru tahun ini bersama dengan pasukan koir.

Koir

Kumpulan koir SMK Pengkalan Chepa Dua telah ditubuhkan empat tahun yang lalu dan telah menyertai banyak pertandingan koir peringkat negeri. Kumpulan koir ini pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan peringkat negeri di Perdana Resort pada tahun 2004. Kumpulan ini juga aktif membuat persembahan pada hari kemerdekaan dan majlis-majlis tertentu. Namun begitu kumpulan ini sering berlaku perubahan terutama dalam ahli kumpulannya. Ahli-ahli baru akan dilatih terutama dari pelajar tingkatan satu dan dua manakala ahli-ahli lama terdiri daripada pelajar tingkatan tiga, empat dan lima. Ahli-ahli yang aktif akan terus bersama kumpulan ini dan ada juga menarik diri dari kumpulan akibat daripada kekangan masa latihan di samping waktu belajar. Komitmen daripada ahli lama dan baru akan menghidupkan kumpulan koir ini dan fokus kami ialah pertandingan peringkat daerah atau negeri.

Pada kebelakangan ini jumlah ahli koir telah dikurangkan dari 45 orang kepada 35 orang ahli. Syarat baru ini telah memberi sedikit impak kepada kumpulan ini kerana jumlah ahlinya terpaksa dikurangkan. Kumpulan koir pada tahun ini akan terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima. Ini merupakan satu tamparan yang hebat kerana mereka ini mempunyai suara yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun latihan diteruskan juga demi matlamat kami menyertai pertandingan di peringkat daerah atau pun negeri nanti.

Kumpulan ini dilatih oleh saya sebagai guru muzik dan dibantu oleh guru-guru yang lain sebagai penasihat dan memberi sedikit motivasi kepada kumpulan. Pada mulanya kumpulan ini telah melakukan sesi ujibakat untuk mencari ahli baru dari pelajar tingkatan satu dan dua. Mereka yang berjaya akan terus didaftarkan sebagai ahli baru kumpulan. Pemilihan ahli baru berdasarkan komitmen mereka dengan koir seperti menghadirkan diri dalam semua sesi latihan yang diadakan iaitu petang Rabu dan Khamis bermula jam 3.00 petang. Ataupun pada sebelah pagi pada hari selasa dan Rabu. Ini kerana pelajar tingkatan satu dan dua berada pada sesi petang dan pelajar tingkatan 3, 4, dan lima pada sesi pagi. Pada petang Khamis adalah perjumpaan dan latihan untuk semua ahli. Masa dan waktu ini telah diadakan perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah dan mereka telah memberi kelonggarannya.










No comments:

Post a Comment